gawai rugan Ib | suatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia. | Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bambarayon Kd, Tb | semangat padi | Setelah menikmatinya, bambarayon akan memindahkan roh-roh mereka yang berpindah ke rumah baharu. Dan mereka pun akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka, tau?” | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
koduduwo Kd | roh. | Minamangun adalah roh yang membawa rahmat, apalagi kalau roh ini dibantu oleh koduduwo, roh pemberi nyawa manusia. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tilud Kd Lt | lelangit rumah. | Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
paragasu Kd KB | sejenis roh jahat. | 25. Paragasu – Roh pemburu atau roh manusia. Kalau dia masuk ke kampung, manusia akan mengetahuinya melalui raungan, gonggangan dan salakan anjing. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumampau Kd Lt | sebahagian adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tandahau Kd KB | sejenis roh jahat. | Tandahau - Roh tengkorak, kalau menjelma rupanya seperti ayam atau burung. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumunduk Kd KB | sejenis roh baik. | 14. Rumunduk – Roh yang selalu menolong komburungoh melawan roh jahat bagi kesejahteraan manusia. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaasab Kd KB | sejenis roh jahat. | 10. Kaasab – Kerjanya selalu mencuri roh orang, tetapi selalu kalah dalam perkelahian dengan roh yang baik. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |