wit Ib, MSr | mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju. | Pengayuh di tangannya sekejap dipaut sekejap diwit untuk mengelakkan perahu tuko mereka dari tersasah dan melanggar tebing Sungai Majan yang sempit. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabai Ib | sejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |