auk Ib, MSr | ya. | Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayas MSr | berhabis-habisan. | Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah." | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kejarut, *bejarut* MSr | kusut, berserabut. | Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
luit Ib | dibuka dengan paksa, dituil. | Ngumbang kemudian terus menggali kubur Berenai. Setelah digali, keranda yang mengandungi mayat Berenai itu diluitnya. Setelah keranda terbuka, dia mendapati mayat Berenai yang berada di dalamnya tidak busuk, dan seolah-olah seperti orang yang sedang nyenyak tidur. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mit Ib | kecil. | Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasun Ib | sejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik. | Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |