bakas Bj Sm, Kd, Tb | 1. sumpah seranah. | BAKAS .! sumpahnya. Dia memegang batang busai itu erat-erat. Kayuhnya telah berubah. Daripada perlahan, kini bertukar menjadi cepat. Semacam mengikut kemarahan hatinya. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraul MSr | penyangak, kelakuan nakal. | Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karau MSb | keadaan ketawa yang lama sehingga hilang suara. | Dia seperti orang karau tidak sedarkan diri tanpa segan-silu menjerit dan memaki hamun sambil terus meronta dan menyumpah seranah terhadap penari wanita itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |