Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lam] | سيلم

Definisi : 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja; menyilamkan 1. menggelapkan, menge­lamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; tersilam kemalaman; kesilaman keadaan (zaman silam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : ; kapal ~ kapal selam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silam (adjektif)
1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam,

3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu,
Berantonim dengan kini

Kata Terbitan : menyilamkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
unus Ibgelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam.Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
runsai Bj Sm, MSbsejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri.Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas