tangga tukur, *tangga tukun* Ib | sejenis tangga. | Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tangga MSr | istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan). | Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sadau Ib | loteng. | Mata Jabau merayap pada tangga kayu bulat yang ditakah menjadi takahan anak tangga dan tersandar dekat dinding untuk naik ke sadau rumah. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalau Ib | kayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh. | Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aram-aram Tb | kayu yang dilantak pada batang pokok untuk dijadikan tangga. | Lalu mereka pun mengumpul kayu-kayu kecil untuk membuat aram-aram. Bila siap aram-aram itu, Songaki pun naiklah ke atas dan mulalah ia menebang. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
inan Kd, Mr | sapaan hormat untuk makcik. | Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aki kapuuno Mr | pencipta langit dan bumi. | Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pola Bd | sejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum. | Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entenong, *entenung* Ib | sejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi. | Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bosi Tb | parang. | Bantilan bingkas dan mencapai bosi yang tergantung di dinding rumah. Bantilan mengikat sarung bosi itu ke pinggangnya. Dia melangkah menuruni tangga. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |