baya Ib | barang-barang untuk si mati yang ditanam atau diletakkan di atas kuburnya. | Orang tua itu pun menangis sekuat-kuatnya. Semua barang termasuk pakaian perempuan itu hendak diberikannya kepada mendiang anaknya itu sebagai ‘baya’nya. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapon Mr | kerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas. | Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kungkuvak Kd | wisel daripada batang padi. | Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |