Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor berarahdirected numberNombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+).Menengah Atas
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
lilitancircumferenceLengkung tertutup yang merupakan sempadan suatu bentuk bulat. Lihat ContohMenengah Rendah
faktor perdanaprime factorFaktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18.Menengah Atas
operasi songsanginverse operationOperasi yang merupakan songsangan bagi sesuatu operasi lain. Contohnya, operasi songsang bagi 10 + 9 = 19 ialah 19 − 9 = 10. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah.Menengah Rendah
gandaan sepunyacommon multipleNombor yang merupakan gandaan kepada dua nombor atau lebih. Contohnya, 6, 12, 18 ialah gandaan sepunya bagi 2 dan 3.Menengah Rendah
faktor perdanaprime factorFaktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18.Menengah Rendah
kamiranintegralKonsep asas dalam kalkulus yang merupakan satu proses songsangan kepada pembezaan. Simbol kamiran ialah ∫. Kamiran digunakan untuk mencari persamaan lengkung, luas di bawah graf dan isi padu kisaran.Menengah Atas
punca persamaanroot of an equationNilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini.Menengah Rendah
pecahan termudahsimplest fractionPecahan yang pengangka dan penyebutnya merupakan angka yang paling kecil. Lihat ContohSekolah Rendah
1234

Kembali ke atas