| lampit Ib | sejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak. | Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sigup MSb | tembakau (pada rokok). | Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi. | Sawah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |