| manas II MSr | marah. | Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| naik jabar MSr | perasaan terlalu marah, naik radang. | Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bungkas II Ml, MSr | 1. marah. 2. melenting. | Maka kayu bulat sebesar paha itu bungkas melantun ke atas mengikat semahu-mahunya. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ampalalang Mr | upacara amal untuk meredakan semangat yang marah. | Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| odu-odu Tb | semangat padi | Engkau bukan tak tahu adapt monomparoi bangsa kita. Bangsa Sungai ni, Odu-odu tentunya marah kalau menanam padi dua kali setahun. Aku tak mahu terkena sumpahan." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sadik LB | sejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai. | Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |