Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
melasik MSrmembersihkan rumput-rumput/semak, babat.Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkabang Ibsejenis pokok dan buah.Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengapus Ib, MSrmelitupi.Dia memanggil batang buluh, lalu menghilang diri di sebalik anak pokok kemunting, mara bara dan mara gantung di situ, dan di dalam semak mengapus kepalanya.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas