Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Benar-benar diselamatkan (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia22.08.2007
Benar-benar Che Timah Nak Anak?A. R. KamarulzamanMingguan Malaysia28.04.1968
Terasa Benar-benar Aku Ingin PergiAriff MohamadUtusan Malaysia07.06.2009
'Arus' benar-benar membawa arus perubahanDjazlam ZainalMingguan Malaysia27.04.1986
Zaiton Benar-benar TerperanjatMahfir SabtuMingguan Perdana09.03.1986
Filem kita benar-benar lemah: FauziSaodah Haji IsmailHarian Metro10.01.1992
Untuk Kau Benar-benar MengertiHaron A. HMingguan Watan07.04.1996
Tiada pihak benar-benar komitedTiadaUtusan Malaysia16.03.1991
P. Ramlee benar-benar berjasa pada bangsanyaTiadaUtusan Melayu16.06.1972
Apakah kehidupan kampung benar-benar sebuah kota miniatur?Umar JunusBerita Minggu09.12.1979
12345678910...

Kembali ke atas