Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.ba] | همبا

Definisi : 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : ; (burung) ~ kera a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malay­en­sis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : 1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuat­an menghambakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Langit berkelikir,
     bumi bertemberang;
salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Bermaksud :

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hamba dan AbdiHambaUtusan Borneo12.08.1995
Hamba karangHafidzah Pg AdnanHarian Ekspres03.05.2009
Hamba abdi catat 1000 hadisPutera SunniWatan27.09.1986
Hamba Allah di Universiti MalayaTiadaUtusan Malaysia23.08.1989
Hamba Seks Melayu: Wawancara SasteraDaeng Ramli AkilUtusan Zaman18.01.1998
Hamba IlahiNordin Haji AbdullahUtusan Melayu19.06.1998
HambaMuhammad Shukran Haji Abdul HamidUtusan Melayu21.04.1985
Hamba LautS. Yatie MissSabah Times27.03.1994
Hamba DuniaWijaya MalaUtusan Zaman01.05.1964
HambaMuhammad Shukran Haji Abdul MajidUtusan Melayu08.04.1985
12345

Kembali ke atas