Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, men­jernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadi­kan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. ke­heningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hening (adjektif)
1. Bersinonim dengan jernih: bening, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan keruh

2. Bersinonim dengan sunyi: senyap, lengang, sepi, tenang, damai, aman, tenteram, antap,
Berantonim dengan bising

Kata Terbitan : mengheningkan, keheningan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hening MalamDyg. Siti Aisyah bt. Abg. SuhailiUtusan Sarawak20.08.2008
Hening CiptaAnisul-JalisHarian Ekspres01.01.1994
Hening Cipta Ruhi Hayat oleh KemudiAzdiBerita Minggu12.12.1986
Balairung hening di istiadat tabal pusaka-Berita Harian13.12.1985
Pada Hening MalamJasni MatlaniHarian Ekspres09.10.1993
Puisi hening, puisi lantangHarahap, DarwisBerita Minggu10.04.1983
Di Subuh Hening IniAbd. Latip TalibMingguan Watan22.10.1995
Pagi Yang HeningWanjahUtusan Borneo18.09.1997
Malam Yang HeningBaharuddin AdamMingguan Malaysia14.05.1972
Lembah Yang Hening Mula DinodaiZahari AffandiMingguan Islam05.12.1986
12

Kembali ke atas