Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.man] | ايمان

Definisi : Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.man] | ايمان

Definisi : 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iman (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad, ketetapan hati, kekuatan batin.,

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(19)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Air Mata ImanFarid-ImanUtusan Sarawak13.03.2008
ImanSiti RosliUtusan Sarawak06.08.2008
Iman Azati [Bahagian pertama]Muhd Thaiba MarshidahUtusan Melayu26.01.2009
ImanZainon OmarMingguan Malaysia18.03.2007
Iman dan usaha wanitaAkhbar:  Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya)23.01.2002
Iman Jadi Penentu Kejayaan EkonomiTiadaBerita Harian04.03.1997
ImanRabiahBorneo Mail09.11.1997
ImanMokhtar TaibMingguan Malaysia30.11.1997
Iman di DBKL lima hariSalbiah AniBerita Harian29.09.1998
Iman dan cubaan kait berkait...Ali Haji AhmadUtusan Malaysia25.05.1979
12345678910...

Kembali ke atas