Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ti] | جاتي

Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polysta­chyus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : nama sj pokok yg kayunya sangat bagus utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jati diri tarian MalaysiaLokman GhaniUtusan Melayu13.10.2008
Jati diri ketuanan MelayuMohd Khuzairi IsmailUtusan Malaysia13.01.2009
Jati diri Melayu JohorNormah PardiKosmo08.08.2007
Jati ketengahkan gaya baru teaterAzman IsmailUtusan Malaysia (Sastera dan Budaya)22.07.2000
Jati diri Melayu: perkembangan dunia global satu ancaman?Azman IsmailUtusan Malaysia06.05.2000
Jati diri jangan me-la-yuKhalid SallehBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.08.2000
Jati diri dalam penulisanZuwadi IbrahimBerita Harian (Sastera dan Budaya)21.02.2001
'Jati diri' mesti dieja berasinganFoziah TaibBerita Harian06.09.1995
Jati diri Malaysia selepas suku abadMohd Taib OsmanBerita Harian03.01.1996
Jati diri jamin kedaulatan bahasaTiadaUtusan Malaysia22.06.1996
12345678910...

Kembali ke atas