[je.rih] | جريه
Definisi : lelah, payah; ~ lelah = ~ payah = ~ penat susah payah (bkn usaha); sakitnya ~ payah, tenat; penyakit ~ sesak nafas, lelah; ubat ~ pelerai demam ki buah hati (anak yg dikasihi dll); ~ menentang boleh, rugi menentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan (keuntungan dll) pula; berjerih bersusah payah, berusaha dgn bersungguh-sungguh; menjerihkan melelahkan, memayahkan; memperjerihkan mengusahakan dgn bersungguh-sungguh; kejerihan perihal jerih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[je.rih] | جريه
Definisi : tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)