[ka.rut] | کاروت
Definisi : 1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.rut] | کاروت
Definisi : parut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.rut] | کاروت
Definisi : ; ubi ~ ubi garut, ararut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.rut] | کاروت
Definisi : tidak benar (bkn cerita, berita dll); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)