Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : merasa tersinggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Rumah kecil pintu ke laut,
     Tempat Cik Baba menggesek biola;
Pinggang kecil bagai diraut,
     Mana hati abang tak gila.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kecil anak besar onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kecil hati anak terbuang dalam Cerita Seri Rama-Berita Harian14.11.2006
Kecil Hati (Hatimu Untuk Siapa)H.M. Tuah IskandarBacaria25.09.2004
Kecil Hati (Bisikan Rindu)Mimie AfinieBacaria04.12.2004
Kecil Hati Dengan MentuaSiti Farhan MohamedBacaria13.07.2002
Sasterawan kecil hati , ia tiada dalam '100 Wajah'TiadaBerita Minggu20.09.1981
Pak Sako kecil hatiMinahMingguan Wanita25.09.1987
Ungku Aziz kecil hatiTiadaHarakah14.03.1988
Pengarang jangan kecil hati [diwawancara oleh Salbiah Ani]Ahmad Shukri AbdullahBerita Harian18.01.2003
A Samad Said kecil hatiNorazmi Abdul TalibBerita Minggu10.11.1996
A. Samad Said tidak kecil hatiTiadaBerita Harian21.09.1988
12

Kembali ke atas