Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malim (kata nama)
1. Bersinonim dengan guru agama: ustaz, ustazah, tok guru, kiai, pengajar, pendidik, pembimbing,
Berantonim dengan murid

2. Bersinonim dengan jurumudi: nakhoda, juragan, malim angin, malim kapal, kapten,
Berantonim dengan anak kapal.


Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sama turun dengan malim.

Bermaksud :

Perempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Malim Bongsu menggali estetika teater tradisionalAzman IsmailUtusan Malaysia19.04.2007
Malim perjelas mengapa menghilang diri 12 tahunNazmi YaakubBerita Harian21.12.2006
Malim Ghozali pamer kematanganDaud IbrahimMingguan Islam13.11.1987
Malim Ghozali PK: pangkat hanya dalam pejabatHaslina AhmadMingguan Wanita09.12.1988
Malim Kundang : eratkan budaya dua negaraSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia (Seni)10.11.2001
Malim Deman penuh aksiEllyna AliBerita Minggu (Bi-Pop)15.07.2001
Malim Nawar Telah Ku Pinjam NamamuMalim Ghozali PKMingguan Malaysia28.01.2007
Tanjung Malim diserang pengganasAwang Had SallehUtusan Malaysia09.01.1991
Tok Malim Rimau masih lemah dalam aspek pementasanRamli SelamatBerita Harian02.01.1986
Oh Malim, Dimanakah DirimuRejab F. IBacaria05.08.1987
12345678

Kembali ke atas