Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menentukan PimpinanRustam A. SaniUtusan Malaysia25.10.1993
Menentukan panjang ayatSulaiman MasriUtusan Malaysia05.12.1995
Menentukan arah pendidikan tinggiAmran MuhammadUtusan Malaysia22.12.1995
Menentukan swasta bersungguh menggunakan bahasa kebangsaanTiadaUtusan Melayu01.08.1996
Menentukan swasta bersungguh menggunakan bahasa kebangsaanTiadaUtusan Melayu01.08.1996
Menentukan NGO lebih rasionalA. Samad IsmailBerita Harian18.01.1997
Menentukan keberkesanan cerita yang disampaikanChe Saiah Che ManUtusan Melayu20.01.1997
Menentukan keberkesanan cerita yang dikemukakanChe Saiah Che ManUtusan Melayu27.01.1997
Menentukan ketuanan penonton televisyenTiadaBerita Harian12.04.1997
Menentukan arah pembentukan bangsa MelayuHiew, IsabellaUtusan Malaysia25.11.1994
1234

Kembali ke atas