Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Perjudian' merupakan memorendum S. Othman mengenai soal tanahAbdullah Maamoum JunidBerita Harian17.12.1974
Tema merupakan aspek utama penulisan novelBaharuddin C. DUtusan Malaysia09.06.1984
Buku merupakan bahan pokok dalam pembangunan manusia seutuhnyaDrs. Mizwar DjamilySuara Pembaruan06.01.1989
Wawasan 2020 merupakan lanjutan ke arah wawasan akhirat -Jamrah-Utusan Malaysia30.11.1992
Tugas DBP merupakan tugas kebudayaan - ZainalTiadaHarian Express02.03.1982
Mahathir: rakyat merupakan modal terbesarTiadaMingguan Timur19.12.1982
Cerpen Iwan merupakan embrayo bagi novel aneh dan mencengangkanRashid Haji AhmadUtusan Malaysia18.04.1983
Novel ini merupakan biografi pengarangRashid Haji AhmadUtusan Malaysia03.01.1983
Golongan penulis merupakan sebahagian cendekiawan melalui pencapaianmerekaIlias ZaidiUtusan Zaman21.08.1983
Hariraya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat IslamIlias ZaidiUtusan Zaman10.07.1983
123

Kembali ke atas