Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau ber­tindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
motif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tujuan: objektif, matlamat, sasaran, maksud, kehendak, keinginan, hajat, cita-cita, impian, harapan,

2. Bersinonim dengan dasar: tema, asas, pokok, latar,

3. Bersinonim dengan corak.



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Motif tenun ikat losengNorwani Md Nawawi, Dr.Kosmo17.03.2008
Motif songket bercirikan orang MelayuMeran Abu BakarUtusan Malaysia14.03.2007
Motif serta effek sastra pra IslamMana SikanaBerita Harian12.04.1976
Motif pengembaraan dan penyamaranZakir AhmadBerita Harian16.05.1995
Motif serangan mata wangJohan JaaffarMingguan Malaysia27.07.1997
Motif Afrika, Britain dipersoalA. Samad IsmailBerita Harian07.03.1998
Siasat motif samun: Seniman Negara meninggal duniaHadzlihady Hassan dan Salman HamatHarian Metro01.12.2008
Jauhilah motif ajaran sesatTiadaUtusan Zaman17.02.1985
Apa motif sebenar Dr. MahathirNur S. Biedyn BeseriBintang Timur05.08.1981
Dua motif penting dalam sastera IslamHashim MusaBerita Harian01.08.1978
123

Kembali ke atas