Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perkara-perkara penting dari segi sejarah dan keturunan raja-rajaMukhtar IsmailBerita Harian20.07.1973
Perkara-perkara besar yang menggemparkan di negara kiniPak SakoUtusan Zaman23.10.1983
Darihal perkara-perkara kecilHantu RayaUtusan Melayu08.11.1976
Banyaknya perkara-perkara yang mendebarkan hatiHantu RayaUtusan Melayu28.11.1983
Sastra Islam: perkara-perkara yang perlu difahami..Mana SikanaBerita Harian17.11.1975
Penguasaan subjek dan perkara-perkara yang dilarangAlias HarunBerita Harian07.05.1975
Wartawan-wartawan diseru menulis perkara-perkara yang membina manfaatkepada negaraTiadaMingguan Malaysia06.01.1985
Semua pihak diminta terima perkara-perkara dasar Akta Pelajaran 90TiadaUtusan Melayu01.08.1990
Ceramah-ceramah dakwah mengenai perkara-perkara penting dalam IslamBaharuddin HarunUtusan Malaysia08.10.1977
Ceramah-ceramah dakwah mengenai perkara-perkara penting dalam IslamBaharuddin HarunUtusan Malaysia08.10.1977
12345678

Kembali ke atas