[ran.jau] | رنجاو
Definisi : 1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri dan ~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di laut): ~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana melanggar ~ laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan memusnahkan ranjau laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk mencelakakan orang, tipu daya; ~ lapuk tipu muslihat yg tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup; ~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg menyekat kebebasan akhbar; duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll); meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll): anak duri ~ tapak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ran.jau] | رنجاو
Definisi : 1 benda yg tajam hujungnya yg dipasang di tanah utk melukai orang: Kami terpaksa melalui jalan yg penuh dgn duri dan ~. 2 bom yg ditanam di darat atau yg dipasang di laut utk membinasakan (kapal dll) musuh: Banyak kapal yg tenggelam kerana terlanggar ~ laut. 3 = ~ hidup kesusahan yg ditempuh dlm hidup: Ia orang tua yg banyak pengalaman dan telah menempuh segala ~ hidup. meranjau 1 memasang ranjau. 2 melukai kaki dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)