Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (orang dll), terletak ber­­baring atau bertiduran (pokok dll), tum­­bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter­lentang di atas lantai; membawa (mem­beri) ~ menjatuhkan (meng­gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng­hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (bkn orang); tumbang (bkn pokok): Beliau terpijak kulit pisang lalu ~ di tanah. ~-rempah jatuh terguling-guling. merebahkan 1 membuat supaya rebah; menjatuhkan; menumbangkan: ~ tiang rumah. 2 membaringkan: Ia ~ dirinya di pangking. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebah (kata kerja)
Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Padi rebah,
     paksa tekukurlah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa berusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rebah Di Kaki TakdirRoslah OthmanMingguan Tempo12.12.1993
Martabatmu Rebah Angkara SiapaJ.M.KelatuanBorneo Mail05.10.1997
Mereka Telah RebahAmi MasraMingguan Malaysia03.11.1991
Mereka Telah RebahAmi MasraMingguan Malaysia11.11.1991
Latah Budaya dan Rebah Tebing WarisanMohd Shamsuddin IbrahimBerita Minggu20.08.1995
Jangan sokong membawa rebahLanang SejagatMingguan Malaysia28.08.1994
Bila Sokong Membawa RebahMuhammad Ishak Haji Abdul RahmanWarta Tebrau11.03.1982
Persembahan drama "Mereka Yang Rebah" dapat sambutan di temu teater1987TiadaMingguan Famili14.02.1988

Kembali ke atas