Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sau] | ريساو

Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Risau YB Di Hari Pilihan RayaA Hamid JemainBerita Minggu09.03.2008
Risau Yang MerdekaRosdi Md NoorBerita Minggu02.09.2007
Risau pendirian bakal menantu (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia11.04.2006
Risau Fikirkan IdayuAhmad Fadzillah MuhammadBacaria03.09.1988
Risau IIMattaib NordinMingguan Perdana20.03.1987
Masyarakat risau perkembangan pesat teknologiAli, MahfarBerita Harian13.11.1996
Hati RisauIta KelanaMingguan Utara02.10.1994
Seriau RisauAzmi YusofBerita Minggu05.09.1991
Jangan risau dengan istilahDarwis HarahapBerita Minggu10.11.1985
Jelinek risau selepas terima anugerah NobelAkhbar:  Berita Harian09.10.2004
12

Kembali ke atas