[sék.tor] | سيکتور
Definisi : (séktor) 1. bahagian bulatan yg letaknya di antara dua garisan lurus dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang eko-nomi Malaysia; ~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~ swasta bidang yg berkaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat perniagaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sék.tor] | سيکتور
Definisi : /séktor/ 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan: Menjelang tahun 1990, kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan. 2 bahagian dlm bulatan yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. 3 bahagian (daerah) pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)