Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Selera Perdana' papar citarasa empat bekas PM MalaysiaTiadaUtusan Sarawak17.01.2008
Selera pembaca, rezeki penerbit dan pengarangSalbiah AniBerita Harian30.04.2009
Selera tempatan patut diutamakanTiadaBerita Harian26.06.1989
Selera membaca dan mendengarPak Pandir ModenUtusan Malaysia10.09.1981
Selera para penonton tidak dapat hendak kita pastikanRuhi HayatBerita Minggu22.07.1973
Selera SuamiMonalisaWarta Perdana25.03.1993
Selera Pun BerubahMohd. Ishak Haji Abd. RahmanUtusan Zaman19.03.2000
Juadah Selera PuasaFaheldaMingguan Wanita14.06.1985
Apa selera penonton kita?Abd. Wahab HamzahUtusan Malaysia12.06.1993
Pembuka selera: perutusan khas sempena pelancaran GBKSSAnwar IbrahimWatan19.08.1996
1234

Kembali ke atas