[sén.téng] | سينتيڠ
Definisi : (sénténg) 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan (wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau; menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurang-kan; kesentengan perihal senteng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sén.téng] | سينتيڠ
Definisi : (sénténg) (Bali) kain kemban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sén.téng] | سينتيڠ
Definisi : /sénténg/ 1 tidak cukup panjangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)