Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lam] | سيلم

Definisi : 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja; menyilamkan 1. menggelapkan, menge­lamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; tersilam kemalaman; kesilaman keadaan (zaman silam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : ; kapal ~ kapal selam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silam (adjektif)
1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam,

3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu,
Berantonim dengan kini

Kata Terbitan : menyilamkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
SilamLee Gwo YinnBerita Minggu29.04.2001
Derita SilamAhmad Saifullah bin DawiUtusan Sarawak15.10.2008
Keterlanjuran SilamMohd. Kassim MahmudMingguan Wanita28.01.2000
Pengarang silam gemar menulis jurai keturunan rajaAli AhmadBerita Minggu28.08.1983
Nostalgia SilamMR TamalikaBacaria11.08.1993
Kenangan SilamS. M. HirSabah Times06.02.1994
Masa silam bahasa MalaysiaAdibah AminBerita Harian03.03.1982
Memori Silam Hanya Tinggal SejarahAzizahBacaria24.03.2001
Memori SilamMrs. MalathiBacaria24.03.2001
Kenangan SilamAzam OthmanWatan16.09.1993
12345678910...

Kembali ke atas