Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tudung Periuk Tidak Menari LagiJohar BuangBerita Minggu (Singapura)27.02.1983
Tudung Periuk temukan semula jatidiri MelayuA. F. YassinBerita Harian19.04.1997
Tudung PutihHida Jariahatie MintohBorneo Mail29.09.1997
Tudung kerengkam Sarawak kian pupusHardi Effendi YaacobBerita Harian31.03.1998
Tudung saji gergasiShuhaimi AhmadBerita Harian25.07.1990
Perempuan Tudung PutihKhairul Anuar MokriUtusan Malaysia20.06.1997
Isu bahasa dan tudung tidak harus dipertikaikanKelana C. MMerdeka09.07.1987
Mengenal budaya kita: kain tudung batik lepas sebagai selendangHasnah YusoffBerita Harian10.11.1987
UMNO Kuala Kangsar mahu pulihkan perusahaan tudung sajiTiadaUtusan Melayu24.03.1983

Kembali ke atas