takaful nasional sendirian berhad (TNSB | takaful nasional sendirian berhad (TNSB) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat pengendali takaful yang kedua beroperasi di Malaysia selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan merupakan anak syarikat Malaysia National Insurance (MNI) Berhad. Pada mulanya, syarikat ini ditubuhkan pada 20 November 1993 dengan nama MNI Takaful Sendirian Berhad (MNIT), tetapi pada 8 Disember 1998, nama syarikat ini ditukar kepada Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB). Syarikat ini berperanan untuk memantapkan perniagaan takaful di Malaysia dengan melengkapi peranan yang dimainkan oleh STMB. Tindakan kedua-dua syarikat menawarkan produk takaful boleh menjadikan perniagaan takaful lebih cekap dan mampu menawarkan perkhidmatan kepada semua masyarakat sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Kewujudan kedua-dua syarikat pengendali tersebut telah memudahkan pelaksanaan operasi takaful semula antara mereka. |
Islamic Insurance Company Malaysia Limited | Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat pengendali takaful yang pertama di Asia dan memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 berasaskan kepada Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang memegang 51 peratus daripada sahamnya. Prinsip asas operasi syarikat ini ialah takaful dan mudarabah. Berdasarkan prinsip takaful, syarikat memperuntukkan sebahagian tertentu daripada wang caruman peserta sebagai pembayaran manfaat atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana. Berdasarkan prinsip mudarabah, pihak syarikat melaburkan sebahagian lagi wang caruman peserta untuk mendapatkan keuntungan yang dikongsi bersama peserta mengikut peratus yang telah ditetapkan. Syarikat ini menjalankan perniagaan pelan takaful keluarga dan skim takaful am tanpa menggunakan sistem ejen. |
cagamas bond | bon cagamas | Ekonomi | Tiada | Bon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut. |
corporate sector | sektor korporat | Ekonomi | Tiada | Bahagian ekonomi dalam negara yang dikendalikan oleh perbadanan-perbadanan atau syarikat-syarikat berhad milik swasta atau awam, tetapi tidak termasuk syarikat sendirian berhad dan lain-lain. |
bond rating | penarafan bon | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses memberi taraf kepada bon oleh agensi penarafan. Di Malaysia, terdapat dua agensi penarafan, iaitu Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberi penarafan bon yang didenominasikan dalam Ringgit Malaysia termasuklah bon yang dikeluarkan mengikut prinsip syariah. |
incorporated | berhad; diperbadankan;ditubuhkan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
incorporated | berhad; diperbadankan; berkanun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
limited | berhad; terhad | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
incorporated | berhad; diperbadankan; digabungkan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
limited | berhad; terhad | Perpustakaan | Tiada | Tiada |