planning permission | kebenaran perancangan | Sosiologi | Tiada | Persetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pembangunan. |
planning permission | kebenaran perancangan | Landskap | Tiada | Persetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pembangunan. |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Psikologi | Psikologi Umum | Keinginan seksual yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun terhadap ibu bapa. Menurut Freud, keinginan ini wujud pada peringkat falik atau oedipal daripada perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara tidak sedar, mereka berhasrat untuk memiliki ibu atau bapa yang berlawanan jantina dengan mengungkapkan kata-kata seperti �apabila dewasa saya akan berkahwin dengan ibu bapa saya�. Istilah ini diambil sempena nama Raja Legenda Greek, Oedipus yang membunuh bapanya untuk berkahwin dengan ibunya sendiri. |
human resource development | pembangunan sumber manusia | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pembangunan guna tenaga kerja yang melibatkan berbagai aktiviti seperti latihan, bengkel, penyertaan konferens atau kursus, program peningkatan motivasi dan pembinaan hubungan baik bagi kerja sepasukan yang dilakukan bagi pekerja dalam sesuatu organisasi atau tempat kerja. Semua aktiviti ini berhasrat bagi meningkatkan produktiviti atau perkhidmatan yang baik di samping membina tempat kerja yang selesa dan strategik. Di samping itu tempat kerja yang baik, pemeliharaan kebajikan perkerja, imbuhan yang sewajarnya, hubungan perkerja-majikan yang mesra, serta sistem arahan dan hierarki yang teratur dalam organisasi turut membantu membangunkan sumber manusia ini. Dalam usaha ini pihak sumber manusia organisasi tersebut bertanggungjawab menganjurkan pelbagai aktiviti sedemikian untuk kebaikan masa depan organisasinya. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |
political environment | environmen politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Keadaan yang mencerminkan kedudukan kestabilan politik dalam sesebuah negara. Keadaan ini melibatkan tingkat keamanan, keselamatan, kedudukan pemerintahan, persaingan yang wujud, kecenderungan berlaku peperangan atau kerjasama, kehadiran unsur yang memecahbelahkan atau tidak, mahupun tingkat integrasi kaum. Persekitaran politik ini turut mengambil kira kekuatan kerajaan yang ada di samping potensi pembangkang merebut kuasa. Faktor sosial dan ekonomi turut memberi pengaruh yang kuat dan menjadi perhatian para pelabur yang ingin menanam modal atau pihak tertentu yang berhasrat menjalankan hubungan kerjasama. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (172 |