debt pawnbroking | gadaian hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hutang yang dijadikan barang gadaian untuk mendapatkan hutang. Contohnya, Ali berhutang sebanyak 100 kg beras dengan Budin. Kemudian, Budin pula ingin berhutang dengan Kamal sebanyak RM100 dan menjadikan 100 kg beras yang dihutang oleh Ali sebagai barang gadaiannya. Amalan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana hutang dianggap berada dalam tanggungan dan tidak boleh diserahkan sebagai barang cagaran. Sesetengah ulama membolehkan amalan ini dengan syarat berlakunya terima serah dokumen dan penguasaannya hendaklah disaksikan oleh saksi tertentu. |
settlement of debt by set off | pengurangan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Langkah mengurangkan jumlah bayaran balik hutang yang diberi oleh pemberi hutang kepada orang yang berhutang. Pengurangan ini hanya melibatkan potongan keuntungan yang ditetapkan. Langkah ini dilakukan sebagai ihsan oleh pemberi hutang kepada si berhutang sebagai galakan agar si berhutang lebih beriltizam untuk membayar balik hutang seperti dijadualkan. |
commutation of debt | peringanan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Langkah meringankan bebanan hutang yang ditanggung oleh orang yang berhutang. Tindakan ini dilakukan oleh pemberi hutang atas dasar belas kasihan, pertolongan dan ihsan kepada orang yang berhutang. Langkah yang biasa dilakukan untuk meringankan hutang ialah muqasah, da’ wa ta’jil dan ibra’. Sinonim takfif. |
owe | berhutang | Undang-undang | Tiada | Tiada |
pecuniary indebtedness | kesusahan kerana berhutang | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
rechargeable debtor's account | akaun si berhutang bayar balik | Ekonomi | Tiada | Tiada |
الغارم | penghutang | Agama Islam | Fiqh | Orang yang berhutang daripada seseorang dan akan dibayar kembali mengikut masa yang ditetapkan. |
المديون | penghutang | Agama Islam | Fiqh | Orang yang berhutang sesuatu daripada seseorang. |
المفلس | muflis | Agama Islam | Fiqh | Orang yang berhutang melebihi hartanya dan tidak mampu membayarnya. |
debtor nation | negara penghutang | Sejarah | Tiada | Negara yang berhutang dengan negara-negara lain melebihi kadar pelaburan luar negaranya. |