Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kua.li.ti] | برکواليتي

Definisi : mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kua.li.ti] | برکواليتي

Definisi : baik kualitinya; tinggi nilainya: Dia enggan membeli barang-barang yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confidence theoryteori keyakinanPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang diukur dengan nisbah bon berkualiti tinggi atas bon berkualiti rendah bagi menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi. Pembelian bon berkualiti rendah menunjukkan keyakinan pelaburan terhadap ekonomi manakala pembelian bon bergred tinggi menunjukkan kesangsian terhadap ekonomi.
Barron's Confidence IndexIndeks Keyakinan BarronPentadbiran PerniagaanTiadaNisbah yang dibentuk dengan membahagikan bon berkualiti tinggi dengan bon berkualiti rendah yang menunjukkan keyakinan pelabur dalam sesuatu ekonomi.
selected seedbiji benih terpilihPertanianAgronomi

Biji benih yang dipilih daripada pokok yang buahnya berkualiti dan konsisten untuk dijadikan benih tanaman baru. Contohnya, benih durian untuk ditanam, dipilih daripada pokok yang menghasilkan buah yang benar-benar berkualiti.

single-cell proteinprotein sel tunggalVeterinarTiadaProtein yang dihasilkan daripada sel-sel yis, alga dan bakteria yang berkualiti tinggi dan membekalkan asid amino perlu yang diekstrak untuk dijadikan sumber protein bagi ternakan. Bahan-bahan ini boleh juga didapati daripada hasil fermentasi bahan-bahan organik dan rumpai laut. Kandungan proteinnya antara 55-65% dengan kandungan asid amino yang berkualiti tinggi. Yis dan bakteria yang digunakan dalam penghasilan keju dan bir boleh juga dikumpul dan dikeringkan untuk menghasilkan bahan ini. Selain itu, bakteria dan alga yang digunakan untuk merawat bahan kumbahan kilang seperti hasil-hasil petroleum, enapcemar kelapa sawit dan hasil buangan ternakan juga boleh dijadikan sebagai protein sel tunggal.
stuccostukoKesenianTiadaPlaster berkualiti tinggi untuk membentuk corak pada sesuatu permukaan.
lignitelignitGeografiTiadaArang batu berkualiti rendah yang boleh dikelaskan di antara gambut dan arang bitumen.
lignitelignitGeologiTiadaArang batu berkualiti rendah yang boleh dikelaskan di antara gambut dan arang bitumen.
newsprintkertas akhbarKesenianTiadaKertas yang berkualiti murah dan tidak tahan lama yang digunakan untuk mencetak surat khabar.
crepe charmeusecrepe charmeuseSosiologiTiadaFabrik bertenun sutera, berkualiti tinggi, sesuai digunakan untuk membuat pakaian malam, pelapik yang mahal dan blaus.
Ig. calf startermakanan pemula pedetVeterinarTiadaMakanan berkualiti dengan kandungan protein dan tenaga yang tinggi dan diberi kepada anak lembu tenusu setelah disapih daripada ibunya. Biasanya, anak lembu akan disapih apabila berumur antara 6-8 minggu sebelum diberi makanan permulaan. Kandungan protein dalam makanan ini biasanya melebihi 18% manakala kandungan tenaga ialah sebanyak 13.0 MJ/kg. Makanan ini juga mengandungi bahan-bahan yang mudah dicerna dan mempunyai rasa yang enak seperti jagung, oat, molases, mineral serta vitamin. Makanan ini kerap ditambah dengan bahan aditif seperti koksidiostat untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit atau diarea yang disebabkan oleh koksidia.
123456789

Kembali ke atas