Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pitchpicMekanikGunaan1. Jarak di antara satu titik pada ulir skru dengan titik yang berpadanan pada ulir yang bersebelahan, diukur selari dengan paksi skru itu. bagi skru berulir tunggal, nilai pic sama dengan nilai majuan skru itu. pic memberikan panjang tegak bagi sesuatu ulir dan merupakan nilai balikan bagi bilangan ulir untuk seunit panjang skru itu. simbol yang sering digunakan untuk pic skru ialah p. Unit ukurannya ialah milimeter, mm. Sinonim jarak ulir. Lihat juga majuan. 2. Jarak di antara suatu titik pada gigi sesebuah gear dengan titik yang berpadanan pada gigi yang bersebelahan, diukur di sepanjang lengkok bulatan pic gear itu. simbol yang kerap digunakan untuk pic ialah p. Nilai p diberikan oleh sebutan p = pd/T, dengan d sebagai garis pusat bulatan pic dan T ialah bilangan gigi pada roda gear itu. Dua roda gear akan saling bersirat dengan wajar hanya jika kedua-duanya mempunyai pic yang sama nilainya. Pic kadangkala disebut pic bulat. Sinonim jarak gigi. Lihat juga bulatan pic. 3. Bilangan gigi pada sebuah gear ata
elastic impacthentaman anjalMekanikGunaanHentaman unggul yang berlaku tanpa melibatkan kehilangan tenaga. Dalam hentaman ini, dedenyut ubah bentuk SP dt sama nilainya dan berlawanan halanya dengan dedenyut pemulihan SR dt; nilai pekali pemulihan, e, yang berpadanan ialah 1. Dalam keadaan sebenar, hentaman anjal tidak mungkin berlaku kerana semua hentaman akan melibatkan kehilangan tenaga yang dijelmakan kepada bentuk yang lain. Lihat juga dedenyut ubah bentuk, dedenyut pemulihan, pekali pemulihan. Sinonim hentaman kenyal.
critical velocityhalaju gentingKejuruteraanTiada1. Halaju apabila aliran bendalir berubah dari keadaan mantap kepada keadaan gelora.,2. Halaju bunyi yang berpadanan dengan keadaan-keadaan yang wujud di kerongkong muncung roket.
coefficient of insensitivenesspekali ketakpekaanMekanikGunaan(bagi pengawal imbang) Nisbah perbezaan laju maksimum w¢1 dengan laju minimum w¢2 sebelum sarung pengawal bekalan bahan api bergerak pada laju w yang berpadanan dengan keadaan tidak wujudnya geseran, iaitu (w¢1 - w¢2)/ w.
mistkabusMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer.
mistkabusSainsHidrometeorologiKeadaan kekaburan atmosfera disebabkan oleh titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila kekaburan dan kebolehlihatan yang berkaitan adalah sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan nisbi yang berpadanan adalah kurang daripada 95 peratus. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. Lihat juga jerebu, kabut.
eccentricitykesipianMekanikGunaan(bagi muka keratan konik) Nisbah malar bagi jarak fokus muka keratan dari sebarang titik pada lengkung muka keratan itu dengan jarak tepat direktriks muka keratan itu dari titik tersebut. Nilai malar e itu adalah sifar untuk bulatan, berada di antara difar dengan satu untuk elips, satu untuk parabola dan lebih daripada satu untuk hiperbola. Bulatan sering dianggap sebagai elips yang khusus; dengan sebab itu, nilai kesipian e yang berpadanan dengan elips sering disebut 0 ≼ e ≺ 1.
centroidsentroidMekanikGunaanPusat geometri bagi lembaga. Gagasan sentroid adalah sama dengan gagasan pusat jisim dan pusat graviti dengan dimensi geometri jasad itu boleh dianggap sebagai terpumpun di sentroidnya dan prinsip momen dikenakan kepada dimensi unsur infinitesimal. Sentroid wujud untuk jasad satu dimensi, jasad dua dimensi dan jasad tiga dimensi dengan masing-masing dimensi geometri yang terlibat ialah panjang, luas dan isi padu. Ungkapan untuk koordinat sentroid C(xc,yc,zc) diberikan oleh hubungan, xc = (x dK)/K yc = (y dK)/K zc = (z dK)/K dengan K sebagai kuantiti geometri yang berpadanan, iaitu panjang L untuk kes 1-D, luas A untuk kes 2-D dan isi padu V untuk kes 3-D; (x,y,z) ialah koordinat bagi unsur dK. Bagi jasad yang mempunyai jisim tentu r yang seragam, sentroidnya sekena dengan pusat jisim jasad itu. lihat juga sentroid jasad rencam.

Kembali ke atas