Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertical integrationintegrasi menegakPengurusanPerancanganSalah satu strategi penggabungan institusi perniagaan melalui tindakan memperoleh organisasi lain di peringkat aktiviti operasi yang sama bagi membentuk entiti yang baharu. Aktiviti organisasi yang sama boleh berlaku di peringkat pengeluaran atau pengedaran. Contohnya, penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengeluaran untuk mendapatkan bahan mentah, manakala penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengedaran untuk melancarkan agihan produk kepada pengguna. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengawal pengagihan produk kepada pengguna dengan lebih efisien. Lihat juga integrasi mendatar, integrasi ke hadapan, integrasi ke belakang.
dissogenydisogeniBiologiEkologiKeadaan apabila haiwan mempunyai dua jangka masa kematangan seks, satu di peringkat larva dan satu lagi di peringkat dewasa.
differential shiftanjakan kebezaanSosiologiTiadaUkuran kesan persaingan antara industri yang bergantung kepada perbezaan antara kadar pertumbuhan industri di peringkat wilayah dengan kadar pertumbuhan industri di peringkat tempatan.
codex alimentariusalimentar kodeksMakanan dan PemakananMakananHimpunan piawaian, kod amalan, garis panduan, saranan yang berkaitan dengan makanan, penghasilan makanan dan keselamatan makanan di peringkat antarabangsa. Nama ini diperoleh daripada Codex Alimentarius Austriacus. Alimentar kodeks dikenali sebagai titik rujukan di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan perbalahan berkenaan dengan keselamatan makanan dan perlindungan pengguna.
enhanced recoveryperolehan di peringkatGeologiTiadaTiada
central committeejawatankuasa pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Sekumpulan individu atau panitia yang dipilih dan dilantik di peringkat induk yang mempunyai bidang kuasa tertinggi untuk menentukan hala tuju dan membuat keputusan penting. Panitia ini bertindak sebagai kumpulan penentu yang mempunyai kuasa eksekutif dalam merencana dasar, aktiviti, projek, program dan kewangan. Jawatankuasa pusat juga bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan memantau perkembangan organisasi di peringkat jawatankuasa bahagian mahupun jawatankuasa kecil. Sebagai contoh, sesebuah parti politik mempunyai jawatankuasa pusat yang memainkan peranan utama dalam penentuan agenda parti dan pemilihan calon yang bakal bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

district administrationpentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden.

incipient carieskaries insipienPergigianTiadaKaries di peringkat awal yang melibatkan enamel. Ia kelihatan sebagai tompok putih dan dapat dilihat jika gigi dikeringkan. Tompok putih ini disebabkan dimineralisasi enamel. Karies ini dapat dilihat sebagai kawasan radiolusen yang pudar. Proses remineralisasi boleh berlaku pada karies ini jika tindakan pencegahan dan penjagaan kesihatan mulut dipertingkatkan.
duplicate possitivepositif penduaKomunikasiTiadaSalinan filem di peringkat akhir dalam bentuk positif sebelum ditayangkan.
duplicate negativenegatif penduaKomunikasiTiadaSalinan filem di peringkat tera akhir untuk ditayangkan. Salinan ini dilakukan untuk menjamin kualiti filem.
12345678910...

Kembali ke atas