Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gingham checkgenggang damKesenianTiadaCorak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah adalah 1",1/2", 1/8" dan 1/16".
dimethyl sulfate poisoningkeracunan dimetil sulfatKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada dimetil sulfat, iaitu sebatian yang digunakan dalam sintesis organik. Dos parah ialah 1 g - 5 g dan had pendedahan ialah 0.1 ppm. Sebatian ini adalah kaustik terhadap membrane mukus mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Punca kematian biasanya adalah akibat edema pulmonari. Tanda utama keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan ialah kerengsaan yang teramat. Kesan serta-merta akibat pendedahan kepada wap ialah kerengsaan dan eritellla mata yang seterusnya menyebabkan lakrimasi, blefarospasma, dan kemosis. Ini diikuti dengan batuk, suara garau, dan edema lidah, bibir, larinks, dan paru-paru. Jika teringes atau terkena membran mukus secara langsung, ia boleh menyebabkan hakisan sama seperti hakisan asid slilfurik. Penemuan yang paling ketara selepas penyerapan ialah edema pulmonari dan kerosakan hati dan buah pinggang. Dalam penemuan makmal, penentuan hematokrit mllngkin menunjukkan hemokepekatan. Hipoglisemia juga berlaku. Air kencing mungkin mengand
centripetal accelerationpecutan memusatSainsHidrometeorologiPecutan ke arah zarah yang bergerak dalam laluan lengkung yang terarah ke pusat lengkungan seketika dengan magnitud ialah halaju zarah dan ialah jejari lengkungan laluan. Pecutan ini adalah sama dan bertentang dengan daya emparan per unit jisim.
mineralocortikoidmineralokortikoidVeterinarPraklinikalHormon yang dirembeskan oleh korteks kelenjar adrenal. Mineralokortikoid yang paling penting ialah aldosteron. Fungsinya adalah mengawal atur keseimbangan natrium dan kalium.
ideal gas potentialkeupayaan gas unggulKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel yang mengandaikan isi padu dan daya antara molekul sesuatu gas adalah sifar. Oleh itu, fungsi keupayaan termodinamik gas unggul adalah sifar bagi kesemua jarak antara molekul. Dengan ini, kesemua pekali virial bagi gas unggul adalah sifar dan persamaan virial ialah persamaan unggul.
Wigner theoremteorem WignerFizikModen1 Teorem yang menyatakan bahawa jika U ialah fungsi eigen pengoperasi Hamiltonan dan R ialah unsur simetri Hamiltonan, maka RU ialah fungsi eigen Hamiltonan yang mempunyai nilai eigen yang sama dengan nilai eigen U. 2 Momentum sudut bagi spin elektron adalah abadi dalam perlanggaran jenis kedua.
Beer’s lawhukum BeerSains ForensikTiadaHukum yang menyatakan bahawa penyerapan oleh bahan penyerap cahaya dalam satu larutan adalah berkadar terus dengan kepekatan bahan dalam larutan tersebut. Hukum ini ditulis sebagai A=Ɛcl, iaitu A ialah penyerapan, c ialah kepekatan dalam mol per liter, l ialah panjang landasan. Hukum ini boleh digunakan dalam pengujian serologi forensik bagi menentukan kepekatan darah, DNA atau protein.
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.
adiabatic lapse ratekadar tukaran suhu adiabatikSainsHidrometeorologiKadar perubahan suhu melalui proses adiabatik apabila kompok udara naik atau turun. Untuk udara kering (tak tepu) perubahan suhu per unit ketinggian ialah: atau dengan R ialah pemalar gas; pecutan graviti; dan nisbah haba spesifik udara kering pada tekanan malar (Cp) dan isipadu malar (Cv). Kadar tukaran suhu adiabatik kering (DALR) adalah lebih kurang 0.98 oC/100 m (5.4oF/1000 kaki). Untuk udara tepu, susutan suhu dibendung oleh pembebasan haba pendam. Jadi kadar tukaran suhu adiabatik tepu (DALR). Kekurangan ini bergantung pada suhu dan tekanan: pada aras bawah di kawasan latitud sederhana SALR adalah lebih kurang separuh daripada DALR. Oleh sebab gerakan menegak meluas berlaku di troposfera, kadar tukaran suhu purata di kawasan ini berada di antara DALR dan SALR.
chemoparasitic theoryteori kemoparasitikPerubatanTiadaTeori etiologi karies yang menyatakan karies adalah proses kimia paresis dua peringkat. Peringkat pertama ialah pengekalsifikasian enamel dan peringkat kedua ialah pendekalsifikasian dentin. Sinonim: teori sidongenik.
12345678910...

Kembali ke atas