Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Beer-lambert lawHukum Beer-lambertKimiaKimia AnalisisHukum yang menyatakan amaun cahaya atau tenaga sinaran yang diserap atau dipancar oleh suatu larutan adalah merupakan fungsi eksponen kepekatan spesies penyerap di dalam larutan itu dan panjang laluan optiknya. [ I = log Ioe-kcl, I0 = keamatan sinaran asal, I = keamatan sinaran terpancar, k = pemalar keserapan, c = kepekatan, l = panjang laluan optik] Ia boleh diringkaskan sebagai A = Io/I = kcl dengan A ialah serapan, k ialah keserapan molar dan diberi simbol E apabila kepekatan c dalam unit molar.
conductivitykekondukanKejuruteraanPetroleumUkuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk membenarkan arus elektrik menerusinya. Semakin besar arus elektrik yang dapat lalu, semakin bersarlah kekondukan bahan tersebut. Parameter ini adalah merupakan salingan kepada keberintangan. unit yang biasa dipakai ialah mho atau mnho (mili-mho).
oxidation statekeadaan pengoksidaanFarmasiTiadaAras positif atau negatif sesuatu unsur yang dikira dengan menjumlahkan atom positif dan atom negatif dalam satu molekul, dan perbezaan antara kedua-dua jumlah ini adalah merupakan keadaan pengoksidaan molekul tersebut. Contohnya, keadaan pengoksidaan Mn dalam KMnO4, ialah +7.
entropyentropiKimiaTiadaCiri keadaan termodinamik yang merupakan ukuran molekul sistem tersebut. Bagi sistem berbalik, perubahan entropi adalah sama dengan nilai haba yang diserap oleh sistem dari persekitaran dibahagi dengan suhu mutlak, T, sistem itu. Entropi, S, sesuatu sistem diberikan oleh rumus, ΔS = ΔH – Δ G T (ΔG ialah perubahan tenaga bebas; ΔH ialah perubahan entalpi; T ialah suhu mutlak; ΔS ialah perubahan entropi).
Extensible HTML (XHTML)HTML tambahan (XHTML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa penanda yang mempunyai kedalaman ungkapan sama seperti HTML dan juga menyerupai sintaks bahasa penanda tambahan (XML). XHTML ialah aplikasi XML yang merupakan subset bagi bahasa penanda teritlak piawai (SGML), manakala HTML ialah aplikasi bagi SGML. Dokumen XHTML membolehkan pemprosesan automatik dilakukan menggunakan alat XML yang piawai. XHTML boleh dianggap sebagai tindanan HTML dan XML kerana XHTML merupakan pembinaan semula HTML dalam XML. Contoh kod XHTML 2.0 adalah seperti yang berikut:
zettabytezetabaitTeknologi MaklumatPerisianUnit storan yang merupakan 270 bait, iaitu bersamaan dengan 1,180,591,620,717,411,303,424 bait. Zetabait juga adalah bersamaan dengan 1024 eksabait. Perkataan zeta dipilih kerana zeta merupakan abjad terakhir dalam abjad Latin. Simbol yang digunakan ialah ZB.
flexural rigidityketegaran lenturanKejuruteraanTiadaKetegaran anggota struktur yang merintangi daya lentur, dan merupakan hasil darab di antara E dan I, dengan E adalah modulus kekenyalan dan I ialah momen kedua keluasan.
emissivitykebolehpancaranSainsHidrometeorologiNisbah pancaran sesuatu permukaan tertentu pada kepanjangan gelombang dan pancaran suhu tertentu terhadap pancaran suatu jasad hitam unggul pada kepanjangan gelombang dan suhu yang sama. Nilai kebolehpancaran yang tertinggi ialah satu, manakala yang terendah ialah sifar. Ini merupakan korolari daripada hukum Krichoff yang menyatakan bahawa kebolehpancaran sebarang permukaan pada suhu daya kepanjangan gelombang tertentu adalah tepat sama dengan kebolehserapan permukaan itu pada suhu dan kepanjangan gelombang yang sama.
Cabinet SecretarySetiausaha KabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.

combination formulationsediaan kombinasiPerubatanTiadaSediaan ubat yang mengandungi dua atau lebih ubat dalam nisbah dos tertentu. Antara tujuan penggabungan ubat tersebut adalah untuk melahirkan kesan sinergistik, mengurangkan kesan sampingan ubat gabungan atau memperluas kesan terapeutik. Contoh sediaan kombinasi ialah Panadein yang merupakan gabungan Paracetamol dan Codeine.
123456

Kembali ke atas