centripetal acceleration | pecutan memusat | Sains | Hidrometeorologi | Pecutan ke arah zarah yang bergerak dalam laluan lengkung yang terarah ke pusat lengkungan seketika dengan magnitud ialah halaju zarah dan ialah jejari lengkungan laluan. Pecutan ini adalah sama dan bertentang dengan daya emparan per unit jisim. |
vorticity-trasport hypothersis | hipotesis kevortisan-pengangkutan | Sains | Hidrometeorologi | Hipotesis bahawa kevortisan dan bukan momentum adalah kekal dan fluks pusaran bergolak kerana wujudnya pembuaian tekanan. Hipotesis ini digunakan terutamanya jika golakan khusus berdimensi dua. Hipotesis ini, bersama dengan kepanjangan campuran, membawa kepada ungkapan bagi ubahan tegaran ricih, T mengikut ketinggian 1 ?r d2? = K ?z dz2' dengan K ialah koefsien kelikatan pusaran, dan ? ialah min angin mendatar. |
wave velocity | halaju gelombang | Fizik | Mekanik | Halaju suatu titik yang bergerak bersama suatu gelombang pada fasa yang malar. Jika frekuensi dan panjang gelombang masing-masing adalah �, dan l, maka halaju gelombang ialah: n = l� lih. halaju fasa |
gingham check | genggang dam | Kesenian | Tiada | Corak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah adalah 1",1/2", 1/8" dan 1/16". |
continuity equation | persamaan keselanjaran | Sains | Hidrometeorologi | Persamaan hidrodinamik yang menyatakan bahawa dalam isipadu bendalir hipotetis, penambahan jisim adalah sama dengan perbezaan antara jisim yang masuk dan yang keluar. Biasanya persamaan ditulis dalam salah satu rumus yang berikut: dengan ialah ketumpatan bendalir dan ialah vektor halaju. |
like terms | sebutan serupa | Matematik | Tiada | Sebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa. |
flexural rigidity | ketegaran lenturan | Kejuruteraan | Tiada | Ketegaran anggota struktur yang merintangi daya lentur, dan merupakan hasil darab di antara E dan I, dengan E adalah modulus kekenyalan dan I ialah momen kedua keluasan. |
dimethyl sulfate poisoning | keracunan dimetil sulfat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat terdedah kepada dimetil sulfat, iaitu sebatian yang digunakan dalam sintesis organik. Dos parah ialah 1 g - 5 g dan had pendedahan ialah 0.1 ppm. Sebatian ini adalah kaustik terhadap membrane mukus mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Punca kematian biasanya adalah akibat edema pulmonari. Tanda utama keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan ialah kerengsaan yang teramat. Kesan serta-merta akibat pendedahan kepada wap ialah kerengsaan dan eritellla mata yang seterusnya menyebabkan lakrimasi, blefarospasma, dan kemosis. Ini diikuti dengan batuk, suara garau, dan edema lidah, bibir, larinks, dan paru-paru. Jika teringes atau terkena membran mukus secara langsung, ia boleh menyebabkan hakisan sama seperti hakisan asid slilfurik. Penemuan yang paling ketara selepas penyerapan ialah edema pulmonari dan kerosakan hati dan buah pinggang. Dalam penemuan makmal, penentuan hematokrit mllngkin menunjukkan hemokepekatan. Hipoglisemia juga berlaku. Air kencing mungkin mengand |
horizontal coordinate system | sistem koordinat mengufuk | Matematik | Tiada | Suatu sistem koordinat yang bulatan rujukan asasinya terdiri daripada ufuk astronomi dan titik sifarnya adalah titik utara. Koordinatnya ialah altitud dan azimut. |
ideal gas potential | keupayaan gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mengandaikan isi padu dan daya antara molekul sesuatu gas adalah sifar. Oleh itu, fungsi keupayaan termodinamik gas unggul adalah sifar bagi kesemua jarak antara molekul. Dengan ini, kesemua pekali virial bagi gas unggul adalah sifar dan persamaan virial ialah persamaan unggul. |