capitulum | kapitulum | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis rasem atau sima yang berbentuk bulat dan rata dengan susunan padat floret yang tak terangkai. Contohnya, jambak bunga kekwa dan jambak bunga matahari. |
inflorescence | jambak bunga | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana). |
Inflorescence | Jambak bunga | Pertanian | Tiada | Bahagian yang menunjukkan susunan bunga pada satu paksi atau tangkai. Terdapat beberapa jenis jambak bunga iaitu panikel, spika, sima, umbel, korimb dan rasem. Ciri-ciri jambak bunga boleh digunakan dalam pengelasan tumbuhan. |
involucre | involuker | Herba | Botani dan Bioteknologi | Selingkar braktea yang menyelubungi beberapa kuntum bunga atau penyokongnya, seperti pada jambak kepala Compositae atau jambak bunga Zingiberaceae. |
dichasial | dikasial | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis sima yang paksi utamanya berakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan dua bunga baharu di sisi kiri dan kanannya. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna. Contohnya, jambak bunga siantan. Sinonim biparus. |
monochasial | monokasial | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis sima yang paksi utamanya terakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan satu bunga baru di sisinya. Jambak bunga akan berbentuk skorpiod apabila bunga muda keluar secara berselang-seli di kiri kanan, dan berbentuk helikoid apabila bunga muda hanya keluar pada satu sisi sahaja. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna. |
panicle | bulir | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis rasem yang bercabang-cabang. Contohnya, jambak bunga padi. Sinonim panikel. Lihat juga rasem. |
spikelet | spikelet | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis majmuk dalam keluarga rumput dengan setiap unit jambak terdiri daripada satu atau lebih floret yang masing-masing ditutupi oleh brakta. Lihat juga brakta. |
spadix | spadiks | Botani | Tiada | Jambak bunga jenis spika dengan paksi yang berisi dan ditutupi dengan upih. Contohnya, jambak bunga keladi, jagung atau kelapa sawit. |
racemose | rasemos | Botani | Tiada | Jenis jambak bunga yang mempunyai paksi utama dengan kuntum-kuntum bunga terbentuk di sisinya. Contohnya, jambak orkid dan kelapa sawit. |