Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.jur] | جوجور

Definisi : lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr belakang spt kau; kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.jur] | جوجور

Definisi : ; wang ~ wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang tua pengantin perempuan; menjujuri membayar (memberi) wang jujur kpd; jujuran wang jujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.jur] | جوجور

Definisi : lurus hati; tulus; ikhlas: Nabi Muhammad SAW sangat ~. kejujuran sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Puisi
 

Buah nangka di tepi tebat,
     Buah duku disangka jering;
Disangka jujur hati sahabat,
     Rupanya menikam kawan seiring.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Bermaksud :

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

 

Lihat selanjutnya...(5)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
veritismjujur lakonKesenianDrama dan TeaterPrinsip lakonan dalam kaedah Stanislavski yang mementingkan kejujuran gaya lakon yang berlawanan dengan gaya berlebih-lebihan.
fair playjujurSukanTiadaTiada
honest processproses jujurMatematikTiadaTiada
knave answerjawapan tak jujurPendidikanTiadaTiada
corrup inducementdorongan tak jujurUndang-undangTiadaTiada
bona fidebona fidePentadbiranTiadaSikap jujur dan amanah sert tidak melibatkan diri dalam kerja atau aktiviti yang salah dari segi undang-undang dan moral.
accismusaksismusKesusasteraanTiadaPenolakan bersahaja yang tidak bersifat jujur.
naivenaifKesusasteraanTiadaSifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang.
counterfeit currency coverageperlindungan mata wang palsuPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang melindungi insured daripada kehilangan/kerugian akibat penerimaan secara jujur mata wang atau syiling palsu atau yang telah diubah.
allegorical significationertian alegoriSejarahTiadaPenekanan tentang sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat dalam penulisan karya agama berkaitan dengan sifat sabar, tabah, jujur dan sebagainya.
123

Kembali ke atas