ela kain | ela kain | Kesenian | Seni Batik | Proses mengukur dan memotong kain, biasanya kain putih untuk dijadikan kain urat, terutamanya untuk batik sarung dan batik lepas, mengikut ukuran tertentu sebelum dibatik. |
tanah kain | tanah kain | Kesenian | Seni Batik | Bahagian dasar kain. tubuh kain, natar. |
kepala kain | kepala kain | Kesenian | Tiada | Bahagian kain yang mempunyai corak yang berlainan daripada badan kain atau tubuh kain dan biasanya bercorak menegak. |
kaki kain | kaki kain | Kesenian | Tiada | Bahagian kain selepas tepi kain. |
badan kain | badan kain | Kesenian | Tiada | Bahagian terbesar kain tenun, terutama kain songket, yang mengandung corak utama. |
tubuh kain | tubuh kain | Kesenian | Tiada | 1. Bahagian terbesar kain tenun, terutama kain songket, yang mengandungi corak utama. |
kepala | kepala | Kesenian | Seni Batik | Bahagian kain, khususnya kain batik sarung, yang coraknya berlainan daripada bahagian terbesar kain, biasanya bermotif pucuk rebung atau pokok bunga menegak dan diletakkan di bahagian belakang apabila dipakai. pantat kain. |
pocket stay | pengukuh kocek | Kesenian | Tiada | Kocek tampal yang bahagian bucunya dikukuhkan dengan jahit segi tiga, jahit siku-sika, jahit kia, jahit ulat, jahit sembat atau menggunakan secebis kain/kain lapis pada bahagian dalam pakaian. |
head cloth | kain tudung kepala; serban; tengkolok | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kain tudung kepala: Kain yang dipakai untuk menutupi dan melindungi kepala seperti selendang.,2. Serban: Kain yang diikat di kepala seperti yang dipakai oleh jemaah haji.,3. Tengkolok: Sejenis kain penutup kepala. |
sharkskin (material) | sharkskin (kain) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kain daripada kain kapas, bulu, rayon dan sebagainya dengan permukaan lembut dan licin, digunakan untuk sut dan lain-lain. |