Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : merasa tersinggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Rumah kecil pintu ke laut,
     Tempat Cik Baba menggesek biola;
Pinggang kecil bagai diraut,
     Mana hati abang tak gila.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kecil anak besar onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caudate lobelobus kaudatPerubatanTiadaLobus kecil hati, di kanannya vena kava inferior dan di kirinya lekatan ligamen gastrohepatik.
social consciencehati kecil sosialPendidikanTiadaTiada
jeanettekalung jeanetKesenianTiadaKalung daripada anyam tocang rambut/fabrik baldu yang tirus, berloket kecil bentuk hati atau salib. Popular pada tahun 1836.
bile ductduktus hempeduBiologiHistologi dan SitologiSaluran yang menjadi laluan hempedu dari hati ke susu kecil.
lipoproteinlipoproteinVeterinarPraklinikalKompleks makromolekul yang terbentuk daripada gabungan lipid dan protein yang larut dalam darah. Lipoprotein disintesis oleh hati dan usus kecil. Lipoprotein dikelaskan kepada kilomikron; lipoprotein ketumpatan sangat rendah; lipoprotein ketumpatan rendah dan lipoprotein ketumpatan tinggi mengikut ketumpatannya. Lipoprotein berfungsi untuk mengangkut lipid dan dalam pengesteran.
central veinvena tengahBiologiHistologi dan SitologiVena kecil yang terdapat di pusat lobul hati.
EchinococcusEchinococcusPerubatanTiadaGenus cacing pita kecil yang terdapat pada haiwan liar seperti serigala dan anjing hutan, misalnya E. granulosus; larva cacing ini dapat membentuk sista hidatid di dalam hati, peparu dan organ lain di dalam mamalia, termasuklah manusia.
oligopolistic competitionsaing oligopoliEkonomiTiadaSejenis bentuk pasaran yang terdapat persaingan antara sebilangan kecil firma yang biasanya bersaiz besar, dan setiap satu firma menyedari dan berhati-hati terhadap tindak balas oleh lawan dari segi harga dan bukan harga dalam persaingan ini.
chylomicronkilomikronVeterinarPraklinikalGlobul lemak kecil terdiri daripada protein dan lipid (80% triakilgliserol; 7% kolesterol) yang terdapat dalam darah dan bendalir limfatik. Kilomikron terbentuk semasa pencernaan lemak dalam usus lalu diserap masuk ke dalam edaran dan dibawa ke hati dan tisu adipos. Proses ini merupakan salah satu cara pengangkutan triakilgliserol dan kolesterol dalam badan. Selepas memakan makanan berlemak; darah mengandungi banyak kilomikron yang menjadikannya keruh.
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.
12

Kembali ke atas