astigmatism | keastigmaan | Perubatan | Tiada | 1. Kerosakan penglihatan dengan pembentukan imej yang herot berpunca daripada kerosakan kanta mata. |
physical damage | kerosakan fizikal | Kesusasteraan | Tiada | 1. Kerosakan yang berlaku pada kertas sesebuah teks sehingga sukar untuk dibaca tulisannya. Contoh: naskhah-naskhah lama yang tidak terurus. |
phase jitter | ketaran fasa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kerosakan talian analog yang disebabkan oleh peralatan komunikasi dan kuasa di sepanjang talian itu, yang menganjak hubungan fasa isyarat ke depan dan ke belakang.,2. Herotan fasa puncak-ke-puncak bagi isyarat pembawa yang dihantar. |
fuel burn-out | bakar lebur bahan api | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,2. Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutrol dalam radas termonuklear. |
acatamathesis | akatamatesia | Perubatan | Tiada | 1. Kehilangan atau kerosakan upaya untuk memahami pertuturan. 2. Kerosakan upaya persepsi. |
fog | kabus | Komunikasi | Tiada | 1. Kesan kerosakan pada gambar yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesilapan semasa proses mencuci filem. 2. Teknik untuk mewujudkan kesan visual seperti kabus, asap atau unsur yang misteri dalam siaran televisyen dan filem. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan kesan ini ialah dengan menggunakan ais kering atau menyapukan sejenis losen pada kanta kamera. |
p-phenylenediamine poisoning | keracunan p-fenilenadiamina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan p-fenilenadiamina (formula kimia, C6H8N2), iaitu bahan yang digunakan dalam pencelup. Bahan ini boleh menyebabkan metemoglobinimea, pemekaan, kerengsaan, kerosakan kornea, kerosakan buah pinggang dan hati, dan kesan pada sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Dermatitis yang terjadi dicirikan dengan kulit berair, berkuping, dan gatal. Had pendedahan ialah 0.1 mg/m3), dan LD50 ialah 100 mg/kg. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, hemolisis dan kerosakan buah pinggang, hati dan limpa. |
delay distortion | herotan tunda | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suatu bentuk kerosakan isyarat yang timbul disebabkan oleh perubahan pada masa perambatan untuk frekuensi yang berlainan dalam suatu litar. |
burnout | bakar lebur; bakar habis | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,2. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear. |
logic analyser | penganalisis logik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Alatan untuk mengawas sebilangan titik-titik ujian bagi membantu pengesanan kerosakan.,2. Alatan yang memaparkan gambar rajah data atau pemasaan untuk mereka bentuk, menyah pepijat, dan mengesan kerosakan kelengkapan digit.,3. Kelengkapan yang memaparkan pemasaan atur cara dan isyarat-isyarat sambutan.,4. Alatan yang menyemak aras dan/atau pemasaan data digit. |