Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Datuk Perdana mengupas upih,
     Limau manis dalam cerana;
Saya laksana kertas putih,
     Boleh ditulis sebarang warna.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
white paperkertas putihKejuruteraanTiadaTiada
White PaperKertas PutihUndang-undangTiadaDokumen yang dibentangkan di Parlimen tentang perkara yang pada pandangan kerajaan menarik minat Parlimen tetapi pembentangan itu tidak dikehendaki oleh undang-undang.
Defence White PaperKertas Putih PertahananSejarahTiadaTiada
Ramsden�s circlebulatan RamsdenFizikOptikBulatan cahaya yang cukup terang, yang dapat dilihat pada sekeping kertas putih, terletak berhampiran dengan kanta mata suatu teleskop yang difokus pada infiniti dan diarahkan ke langit terang. cakera Ramsden.
bleached kraftkraf putihPerpustakaanTiadaKertas putih daripada pulpa kayu sulfat yang telah dilunturkan dan digunakan untuk pelbagai tujuan terutama untuk mengukuhkan penjilidan bahan.
online documentationdokumentasi dalam talianTeknologi MaklumatTiadaDokumen salinan lembut yang boleh dicapai melalui Internet. Lazimnya dokumen ini disediakan oleh syarikat pengeluar perisian dan perkakasan, syarikat perkhidmatan, kerajaan dan organisasi bagi memerihalkan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan, atau kertas putih, polisi dan lain-lain. Sesetengah syarikat menyediakan dokumen dalam talian yang mampu berinteraktif dengan pengguna misalnya tutorial untuk memahami atau menyelesaikan masalah. Contohnya dokumen pedoman umum ejaan bahasa Melayu yang boleh dicapai dari www.dbp.gov.my. Lihat bantuan dalam talian.
simili paperkertas simili-TiadaKertas cetak berwarna putih yang terdapat di pasaran dan mempunyai ketebalan 70 gsm, 80 gsm dan 100 gsm.
Melaleuca leucadendrongelamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud
blocking foilperada jilidPerpustakaanTiadaKerajang kertas yang disalut dengan perada emas, logam putih, atau pigmen berwarna yang dipindahkan pada kulit atau kulit luar kain buku dengan cara dipanaskan dengan menggunakan pencetakan blok.
lithoponelitoponKesenianTiadaPewarna putih untuk membuat cat, dakwat cetak dan linoleum, juga sebagai isian pada kertas, getah dan plastik.
123

Kembali ke atas