credit policy | dasar kredit | Pentadbiran | Tiada | Dasar syarikat yang merangkumi tempoh kredit, piawai kredit, tatacara pungutan dan diskaun tunai. |
credit squeeze | keketatan kredit | Kejuruteraan | Tiada | Kawalan kredit oleh pemerintah, bertujuan membuat kredit lebih sukar dan lebih mahal untuk diperoleh, dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi, sekatan-sekatan terhadap sewa beli dan peminjaman bank atau langkah-langkah lain yang sepertinya. |
Secure Electronic Transaction (SET) | transaksi elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang direka bentuk untuk menjamin transaksi kad kredit dalam Internet lebih selamat. Nombor kad kredit akan disulitkan supaya nombor kad kredit sukar dicuri oleh pedagang atau orang lain yang tidak bertanggungjawab. Hanya syarikat kad kredit yang boleh menyahsulit nombor kad kredit tersebut. |
credit extension policy | dasar beri kredit | Pentadbiran | Tiada | Dasar yang digariskan dalam pemberian kredit yang menerangkan tentang syarat pembayaran dan jumlah kredit kepada pelanggan. |
khitab i’timad | surat kredit | Perniagaan Islam | Tiada | Dokumen jaminan pembayaran oleh pihak yang memperoleh surat kredit kepada penjual. Khitab i’timad biasanya dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada pelanggan dalam urusan perdagangan antarabangsa yang mensyaratkan surat kredit sebagai kaedah pembayaran. |
consumer credit | kredit pengguna | Pentadbiran | Tiada | Kredit yang diberikan kepada pelanggan terhadap sesuatu pembelian keluaran. |
trade credit | kredit perdagangan | Pentadbiran | Tiada | Kredit yang diberi kepada pelanggan. |
documentary credit | kredit dokumen | Pentadbiran | Tiada | Perjanjian kredit antara bank dengan pengeksport, iaitu pihak bank bersetuju menerima bil pertukaran pengeksport sebagai penyuruh bayar. |
revolving credit | kredit pusing | Pentadbiran | Tiada | Peraturan kredit yang berpusingan, dan peminjam dibenarkan membayar balik sebahagian sahaja daripada hutang bagi sesuatu tempoh. |
reinsurance credit | kredit insurans semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kredit yang ditunjukkan dalam penyata tahunan oleh syarikat mengesid untuk premium insurans semula yang disid dan kerugian boleh diperolehi kembali. |