counterbalance | imbang balas | Sejarah | Tiada | 1. Kuasa atau agensi yang mengimbang, memastikan, atau meneutralkan kuasa-kuasa yang bertentangan. |
power of attorney | surat kuasa wakil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kuasa yang diberi kepada seseorang atau korporat untuk mewakili sesuatu pihak dan menanggungjawabkan pihak lain hingga ke tahap yang dicatat dalam perjanjian yang menghasilkan kuasa tersebut. |
power rating | pengadaran kuasa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kuasa, seperti yang dibenarkan oleh peraturan semasa, bagi aeroenjin di bawah keadaan tertentu. |
power level | aras kuasa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kuasa elektrik dalam litar penghantaran, dinyatakan sebagai desibel atau neper, dan melebihi suatu aras rujukan. Sinonim: aras penghantaran. |
radiation resistance | rintangan sinaran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kuasa yang disinar dibahagi dengan kuasa dua arus pada titik tertentu, misalnya pada simpang dengan penyuap. |
assortment | pengisihan | Biologi | Genetik | 1. Kuasa yang mengakibatkan perubahan frekuensi alel dan genotip dalam sesuatu populasi. 2. Pengagihan rawak berbagai-bagai kombinasi gen ke dalam gamet, misalnya jika sesuatu organisma diploid itu mempunyai gen AaBb, empat jenis gamet akan dihasilkan dengan sama banyak, iaitu gamet yang mempunyai gen AB, Ab, aB dan ab. |
conversion efficiency | kecekapan penukaran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nisbah kuasa keluaran arus ulang-alik terhadap kuasa masukan arus terus kepada elektrod-elektrod tiub elektron.,2. Nisbah voltan keluaran bagi penukar pada sesuatu frekuensi terhadap voltan masukan pada frekuensi yang lain.,3. Nisbah kuasa keluaran arus terus dalam penerus terhadap kuasa masukan arus ulang-alik.,4. Nisbah keluaran fluks sinaran atau berlar boleh dapat maksimum terhadap jumlah kuasa masukan.,5. Nisbah kuasa elektrik yang diperoleh daripada sel suria terhadap kuasa sinaran yang menimpa sel itu. |
power set | set kuasa | Matematik | Tiada | Set yang unsur-unsurnya merupakan semua subset bagi satu set tertentu. contoh: Katalah seti A = {1, 2, 3}. set kuasa bagi A ialah { φ, {1}, {2}, {3}, {1, 2}, {1, 3}, {2, 3}, A}. |
duel ordeal | ujian pertarungan | Sejarah | Tiada | 1. Pertarungan antara dua orang atau pihak yang ditentukan kemenangannya berdasarkan perlawanan atau peperangan.,2. Konflik berpanjangan antara dua orang, idea atau kuasa-kuasa yang sering bertelingkah. |
power gain | gandaan kuasa | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Nisbah kuasa yang dikeluarkan oleh suatu transduser terhadap kuasa yang diserap oleh litar masukan transduser tersebut. 2. Nisbah antena yang sama dengan 4n (12.57) didarab dengan nisbah keamatan sinaran pada arah tertentu terhadap jumlah kuasa yang diberikan kepada antena tersebut. |