historical rank | martabat sejarah | Sejarah | Tiada | Tiada |
the sublime | sublim | Kesusasteraan | Tiada | Kehebatan, keagungan dan martabat sesebuah karya sastera. Keagungan dari segi pemikiran dan falsafah, ketinggian perasaan, kehalusan bahasa dan susunan karya sehingga melahirkan kesan ketakjuban pada pembaca. Idea tentang sublim ini dipandang tinggi dan dibincangkan oleh penulis pada kurun ke-18. Walau bagaimanapun, sublim menjadi penting selepas tulisan Edward Burke yang menghujahkan bahawa sublim bukan terbit daripada sesuatu keindahan, tetapi terbit daripada gabungan perasaan takut, gerun, atau ketidakselesaan semasa berdepan dengan keluasan alam. Pandangan ini melahirkan teori estetik dan psikologi tentang sublim yang kemudiannya mempengaruhi ahli falsafah Jerman Immanuel Kant. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
architectural setting | set seni bina | Kesenian | Drama dan Teater | Binaan set dalam sesebuah drama yang memperlihatkan taraf atau martabat sesuatu watak. Contohnya, watak raja memerlukan binaan set istana, manakala watak banduan pula memerlukan binaan set penjara. Set seni bina perlu digubah sedemikian supaya menampilkan binaan yang menepati realiti. |
insult | penghinaan;hinaan | Kesusasteraan | Tiada | Hinaan: Sesuatu bahagian dalam karya yang menghina sesuatu bangsa atau suku kaum dengan tujuan untuk merendahkan martabat mereka. Contoh: dalam Sejarah Melayu terdapat kisah Raja China meminum air basuh kaki Raja Melaka. |
intentionality | kesengajaan | Kesusasteraan | Tiada | Satu-satu penulisan yang disengajakan untuk tujuan tertentu. Contoh: episod raja China meminum air basuh kaki raja Melaka dalam Sejarah Melayu bertujuan untuk merendahkan martabat raja China. |
freedom of speech | kebebasan suara | Komunikasi | Tiada | Hak yang dimiliki oleh rakyat untuk bercakap secara terbuka dan bebas tetapi harus tertakluk kepada undang-undang dan etika yang melindungi martabat, kehormatan atau nama baik seseorang atau pihak lain. |
press institute | institut akhbar | Komunikasi | Tiada | Organisasi yang diwujudkan untuk menjalankan aktiviti kewartawanan. Organisasi ini boleh bersifat rasmi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan atau pihak sukarela. Matlamat utama institusi ini ialah untuk meningkatkan kualiti kerja dan martabat wartawan. Sebahagian besar aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan dengan pendidikan dan latihan kepada para wartawan. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti perin |